Sunday, February 28, 2010

Bagus Sangat ke Kad yang MURAH-MURAH ni?

Salam semua,

Ramai pelanggan online kami selalunya bertanya, bagaimana jenis kad yang akan diberi kepada mereka apabila mereka membuat tempahan kad daripada kami. Ada juga yang bertanya, adakah harga budget RM0.29 ini diberikan hanya jika tempahan yang dilakukan adalah banyak. Ada lebih baiknya kami jawab soalan ini dahulu sebelum soalan yang sebelum ini. TIDAK! harga ini tetap sama walaupun anda menempah sekeping sahaja. (errr... tak pernah ada lagi la, kalau sekeping je) Tetapi kami jelaskan ini adalah harga bagi kad budget kami. Lupa pula... kami tambah lagi! SAMPUL PERCUMA. Ok next topic.

Hmm, kami ingin jelaskan dengan mudah spesifikasi kad budget kami:

Nama Kad: Artcard 250gsm (semua jenis kad juga menggunakan Artcard ini)
Jenis Kad: GLOSSY serta LAMINATE (Kad yang licin dan dilindungi sejenis lapisan lutsinar yang nipis di atas kad)
 
Kad ini mirip dengan kulit majalah yang tebal, biasa anda beli di kedai. hmm, anda sudah dapat gambarannya? hmm, bayangkan pula anda memegang sekeping poskad di tangan anda,  Ketebalannya juga hampir menyamai kad seperti yang kami tawarkan. Bagaimana pula dengan Glossy & Laminate? Anda perhatikan, cetakan di muka hadapan sesebuah majalah berkulit tebal biasanya sangat jelas dan cantik seolah-olah seperti sekeping gambar. Inilah peranan kertas jenis glossy di mana tujuan glossy adalah untuk menyerlahkan lagi warna di atas kertas tanpa menyebabkan warna terserap masuk ke dalam kertas jesteru menghilangkan sebahagian besar warnanya. Laminate pula adalah sejenis lapisan lutsinar yang diletakkan di atas kad bagi memberikan rasa yang licin dan meningkatkan ketahanan kad.

Semoga dengan maklumat ini, anda lebih memahami sedikit sebanyak mengenai produk kami. Sekian Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment